Pages

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

NurCaliph Montessori House


Nur Caliph montessori House



my work place..... :)

hari ni graduation & concert FY 2012. "LOVE MOTHER EARTH"
_________________________________________________________________________________

backdrop
during setting up the stage
aunties kene panjat tangga - put up the lantern ball
________________________________________________________________________________


so happening... my self, sgt gemuruh because this is my first time involving in this area.
Al-Walid BBB - coral speaking, "The tree dropped their leaves"
sgt puas hati dgn semua student in my class. walaupun lepas tu seram sejuk tgn ni.... :)
gambar kat atas ni masa we all practise everyday.
gmba bwh pun masa practise...nak keluar on stage mcm mane.

__________________________________________________________________________________

ni pulak Al-jarrah class.
dancing "Under the Sea".
__________________________________________________________________________________


real performance x dpt nk upload lg...kene tunngu. x sempat nak snap gamba.


didi



Thursday, May 10, 2012

New Challenge

Assalamualaikum..
dah lama x update blog ni. kadang-kadang tak tahu nak tulis apa sebenarnya. its okay, meh nak cite....

sebenarnya, few weeks past, ada dapat offer tuk jadi pengurus tuk satu tadika kat area bangi. wahhhh, manager tuuu.... so excited.. but then, tunggu punyer tunggu ( lama jugak la tunggu) x de pon call lagi. keciwa.

yesterday, kak saleyza (owner) call lagi..huhuhu.. terus offer. immediately. start jumaat ni..hehehe....ok la... tapi yang sedih nya, sayang plak nak tinggalkan smk tmn jasmin 2. bebudak tu dah nak exam pertengahan tahun.

my mom x suka i join that montessary. yelah....die punyer pay x la banyk.. tapi mmg rasa nak try. how to manage 6 teachers, 90+ students and bla bla bla...mmg keje tough la skit.. tp yang best nye, boleh tgk my kids depan mata..

hhmmm...ari ni last day kat smk tmn jasmin 2..x sempat nak sambut hari guru kat sana..tomorrow -> cabaran baru ....

yeah...pray 4 me...


adiecomey

Monday, April 16, 2012

Jiwa Guru

BILA KITA SEORANG GURU,
PASTIKAN KITA BERJIWA GURU
BERHATI BERSIH DAN SUCI
TIDAK ADA BENCI MEMBENCI
HATI DAN MINDA SENTIASA TERBUKA
TIADA DENDAM DAN PRASANGKA

BILA KITA BERJIWA GURU
PASTIKAN PERKATAAN INI TIDAK DIGUNA
"MASA KERJA TELAH HABIS"
"ITU BUKAN KERJA SAYA"
"INI BUKAN KERJA MURID"
"SAYA TIDAK DAPAT APA-APA"
"BUAT APA SUSAH-SUSAH"
"CUKUPLAH APA YANG KITA SUDAH BUAT"
"BUAT APA KERJA RAJIN-RAJIN"

INGAT LAH
SEKALI KITA BERGELAR CIKGU
PERKATAAN KITA JADI INGATAN
KELAKUAN KITA JADI IKUTAN
AMALAN KITA JADI PANDUAN

OLEH ITU
JADILAH CIKGU BERJIWA GURU
HATI BERSIH SENTIASA PEMAAF
RELA BEKERJA BILA-BILA MASA
KERANA SEDAR KERJA ITU IBADAH KITA
GURU ITU MESTI BERHATI MULIA
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEMUA CIKGU YANG BERHATI GURU
SEMOGA SEMUA CIKGU BERJIWA GURU..

HHMM....AKU KEJE PENAT2 SEBAGAI CIKGU GANTI... X DE KOMPLEN2..
TAPI PPD HULU LANGAT YANG MACAM T--K... TAK BAYAR GAJI...SEDIH NYE

adiecOmey

Wednesday, March 28, 2012

cikgu oh cikgu - 3

salam march

pengalaman jadi cikgu..
oh, sgt memenatkan
melayan perangai budak yg macam2..
ada yg ok..ok sgt.. yg nakal, masyaAllah...teruk nyer...
yang paling  paling sakit hati, kereta kecik aku tu kene calar dek budak
x penah ajar pon kelas budak nih, bercakap pon x penah..alih2 kete kene calar..adooiii
die ni, mental skit kot...dah la kene gantung, mai masuk sekolah lagi..x ke menceroboh namanye tu.
marah la kot, kene gantung sekolah. kete cikgu yg jadi mangsa. yg best nyer tu, bila tanya, dgn selamba badak nye die jawab "mana ada saya calar kan, saya sapu je kete cikgu tu". jatuh bedebuk aku!!!
hahahaha...gelak je la dalam hati...

tu satu cite. cite lain plak...
pelajar ting 2, kissing depan pintu pagar sekolah!!!! masyaAllah.. betul2 depan mata aku.. tapi x leh nak amik tindakan, sebab luar pagar sekolah.. boleh tegur je la...

pas tu plak, ada student ni (chinese girl) tulis surat...meluahkan yg die x suke aku!!... hahahahaha...lawak2.
dalam kelas aku bukan saje2 nk jadik garang. dah budak2 x dengar ckp. x buat keje aku. buku pon x bw. mau aku x naik antu. dah la dlm kelas bising nak mampos. mengamok la...pas tu cakap cikgu ni x best la..kelas ni bosan la... lantok ko la nak ckp apa..pelajar lain ok je...ko sorang je yg problem.. yg buat masalah dlm kelas tu..

bukan la aku ni racis ke bias ke apa....aku ok je ngan sume student.. yg pelik nye, kalu student C, payah betul nk dgr ckp. ngan sesama bangsa die, bukan main senyap!!!... kalu x nak dgr ckp cikgu melayu, gi la sekolah jenis kebangsaan...sume bangsa korang!!!

nanti update lagi pasal sekolah nih...
dddaaaaaaa

Thursday, January 12, 2012

Ketumbit

Salam.
Pagi ni bangun tido je, sakit mata... gosok2 lagi sakit. Adoiiii. Tengok cermin, merah2 mata kiri. Apa benda ni? Teliti betul2, macam ada benda timbul, ketumbit... uwaaaaaaa. nak tenyeh mata pun sakit... dah mata ni dah memang sepet, tumbah pulak ketumbit ni, bertambah-tambah kecik la mata...


Apa benda sebenarnya ketumbit ni? Baca  ni, Ketumbit.

Dah la sekarang ni batuk2 akibat makan buah rambutan yang melampau. Tambah plak sakit mata ni. Eh, bukan sakit mata, tapi masalah  kulit.

Ok la, saje je nak share. daaaa
adiecOmey

Wednesday, January 4, 2012

Tension

Salam semua
Tak tau nak tulis macam mana yang sesuai dengan tajuk entry kali ni.
Tapi, yang pasti aku tension. Patut ke aku nak share? tapi apa aku kisah...bukan ada orang baca pun... hahahaha...
Baby Zara dah 5 bulan, (sorry, gmba latest x de plak)

tapi mama die belum dapat kerja lagi.. pasal tu la tension sangat ni. hurm....
Dengar kawan2 ramai dah dapat kerja..bagus2 plak tuh.. aku ni? uuwwaaaaa..
Hubby cakap, sabar, belum ada rezeki lagi.. esok2 ada la tu... tapi sampai bila nak sabar? hari2 dok surfing..layan 2 hero plus sorang princess, main game, carik kerja online, masak, kemas rumah. and keep doing the same thing..naik bosan. patut la orang kata duduk rumah lagi penat. memang penat, tambah2 lagi kalau ada budak2. Rumah tak boleh nak bersih. sapu belah sini, belah sana bersepah.
Hari ni, dok surfing2..minat plak rasanya nak buat coklat. homemade punyer.
mana la tau, satu hari boleh buat bisness plak.
Boleh ke? huhuhu..rasa x confident. modal plak x de..
tapi memang minat rasa nya. walaupun tangan ni bukan la tangan seni, boleh cube kan?
akan ku tanya pada hubby nanti.


Adios....mummy comey...
daaaaaaa


Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman

27 july 2011.

6am.
Ari ni bangun pagi, sebab ada appointment check up pregnancy. 39 week ++. Masa mandi, ada bleeding. Tapi tak banyak. So, x de la risau sangat. Tapi contraction rasa lain macam je ari ni. Bagitau hubby, tapi suruh jugak dia pegi kerja. Kalau anything happen, call dia terus.

8am.
Jumpa doctor macam biasa. Balik dari clinic, rasa contraction makin kerap & makin sakit. Risau jugak, tapi mesti lambat lagi nak bersalin. Memang tak senang duduk hari tu.

12pm.
Rasa tak senang hati, so call hubby soh dia balik. Kejap je dah sampai rumah. Tak la sakit sangat perut ni. Hehehe, bukan niat nak kacau hubby kerja, tapi risau, kalau tiba-tiba sakit kuat. (sayang jugak hubby aku kat aku….well, I luv u too Md. Zaki Ismail). Alang2 hubby dah ada kat rumah, jom pegi UKM hantar correction thesis.

8pm.
Rasa-rasa dah sampai masa. Memang rasa sakit. so, pegi la hospital Kajang wad bersalin. Kene Screen, tapi jalan keluar baru 2cm. MasyaAllah… punya lah sakit, baru 2cm? lambat lagi la ni. Doctor suruh balik dulu. Better tunggu kat rumah dari dok kat wad.

11pm.
Waaaaa….. contraction makin sakit. 5minute sekali. Hanya Allah je yang tahu macam mana sakitnya. Sabar je la. Memang dah tak tahan sangat dah ni. Harap-harap bila pergi hospital nanti, terus masuk labour room. Tak payah menahan sakit lama-lama.

28 july 2011.

12.30am
Kejut hubby suruh hantar hospital sekali lagi. Kejut mak bagitau nak pergi hospital. Mintak ampun siap-siap. Bangun je berdiri, tiba-tiba terasa air ketuban pecah..meleleh kat celah peha. Lepas je air ketuban pecah, apa lagi, makin sakit contraction…terus hubby hantar aku ke hospital.

Sampai hospital, kene screening lagi sekali. OMG, masih 2cm. lama lagi la nak deliver ni. So kena masuk wad dulu.

3.30am.
3minute sekali contraction. Sakit nya. Tak kan la dah nak kuar ni? Baru je 2cm pkul 1am tadi. Mesti besok baru kuar. Nak panggil nurse, nanti kata aku mengada-ngada. Tak tahan sakit. Better tahan sorang-sorang. Lamanya nak tunggu pagi. Sakit dah tak tahan sangat dah ni.

3.55am
Memang dah tak tahan sangat. “nurse…..nurse….saya dah nak bersalin…” menjerit panggil nurse. Dah la jauh dari kaunter. Dengar ke tak dengar dieorang ni. Ntah-ntah, tengah tidur kot. “nurse……” lagi sekali aku menjerit. Ibu-ibu mengandung kat katil sebelah semua bangun. “tunggu sekejap je, saya panggilkan nurse.”
Nurse jenguk sekejap, lepas tu dia pergi balik. Nak ambil wheel chair kot. Dalam hati, dah tak sempat nak pergi labour room.

3.59am
"Tolong nurse, baby saya dah nak keluar ni.... Tolong....." ya Allah, kenapa lah lambat sangat nurse-nurse ni buat kerja. Ingat aku main-main ke..

4.00am
"Toloooonnnggggg, kepala anak saya dah keluaaaarrrrrr.... ttoollooonggggg...."
" Tolooonngggg, anak saya dah keluaaaaarrrr.....ttooolooongggggg...tolooonnggg..."
kenapa lah semua tengok je? tapi dieorang semua kan hanya lah ibu-ibu mengandung yang hanya menuggu masa untuk bersalin. Mana la reti apa-apa. Hati ibu mana lah tak risau, kalau tak dengar apa-apa bila baby dah keluar. Nangis tidak, bergerak pun tidak. "Tolooongg" aku terus menjerit minta tolong. Lambat betul nurse datang. Tapi, Alhamdulillah, nurse tahu buat kerja!!! sekejap lepas nurse datang, dengar suara baby nangis. Lega..!! bila ingat balik, aku bersalin kali ni tak ada orang sambut baby aku...bersalin sorang-sorang atas katil dalam wad bersalin, bukan kat labour room.


Enhanced by Zemanta

Monday, December 6, 2010

lung cancer....

baru tau gula tu makanan kepada kanser..klu x makan gula, kanser pun akan mati la... sila lawat web kat atas, leh tau makanan apa yg bagus supaya cancer ni x terus membiak..

why im writting this ....? because today i got a shock news.. my dad ada cancer paru-paru berair.. rasa sedih sgt. kenapa la sume ni jadi? i dont have the answer but, sume ni dugaan...sian my dad, kami sume x sampai hati nk bgtau die yg die ada cancer..how to tell him? mesti die lagi sedih nnt. my mum dh menangis lama dh. dh bengkak mata. me..?masih menahan rasa sedih. buat2 x de apa yg jadi.

 pagi td pegi Kajang specialist, KPJ sbb x puas ati ngn gov hospital. after x-ray & ECG test, doctor kata jantung ok je. but, bila nk bgtau pasal cancer tu, doctor minta nurse bawa my dad keluar kejap. that time dh rasa lain. knp nk kene kluar? masa doctor bgtau kami (me n my mum), terkejut sgt. x sangka. sedih. doctor tu siap tanya, hospital kajang x bgtau ke? menyakit kan ati betul dgn hosp kajang. ada ke patut. dh brapa kali ulang alik kat situ? x kn la x dpt detect my dad ada cancer. doctor rtu sume grad kat mana haaa?

back to my story.. skrg ni x tau cancer tu dh stage brape.. specialist ckp kene amik the cancer cell and analyzze dulu.. baru tau jenis apa n brapa lama die dh idup kat situ. tp sume ni sbb my dad dulu heavy smoker, kepada sume smoker, berhenti la isap rokok b4 terlambat... mungkin korang sume ckp, belom sakit lagi ...nnt bile dh sakit baru benti...nnt mesti korang sume menyesal kalu x benti skrg.

lagi satu, x leh nk marah2..stres2,...sbb sume ni buat body kita acidic. bile acid, cell tu lagi la suke.. beranak pinak la die..skrg ni satu family sedih..mcm ne nk bg ceria? esp to my dad....

mungkin tulisan aku ni x ramai yg baca..tp x pe, at least, dpat jugak lepas kan...
Enhanced by Zemanta