Pages

Tuesday, September 27, 2011

pneumonia

hhmmm...27 September 2011..
baru hari ni ada kesempatan tuk menulis..pneumonia. my daugther kene attack last week. admit kat wad peadiatric selama 6 hari 5 malam. puas berkampung kat hospital. pity my daugther. apa sebenarnya pneumonia nih? pernah dengar tak Pneumonia??tak pernah??sama la dengan radang paru-paru..so harap dengan pembacaan ini korang akan faham serba sedikit pasal penyakit ni.. ilmu yang baik tu kan bagus kalau dikongsi bersama..
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak didalam dada dan terdiri dari saluran pernafasan dan pundi-pundi udara.Jangkitan kuman di paru-paru boleh mengakibatkan saluran pernafasan [Bronkitis] dan pundi-pundi udara [Pneumonia]. Secara amnya,jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang tua.. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga di sebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan dibahagian atas [ Batuk  dan Selesema ] yang merebak kebahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala..Bergantung kepada sebab,umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami Demam, Sakit Dada, tiada selera makan,tidak mahu makan, Batuk dengan atau tanpa darah, Rasa tidak sihat, sering merengek, Muntah atau cirit-birit dan Pernafasan laju atau susah bernafas.  
Adakah penyakit ini serius?? Pneumonia ni boleh jadi kes sangat serius dalam sekelip mata terutamanya pada kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air [Dehidrasi] atau kekurangan oksigen. Kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke Hospitital..Pernafasan laju, bibir menjadi biru, Sukar untuk bernafas, Batuk berdarah dan Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
so, kalau ada tanda-tanda ni...cepat2 la dapat kan rawatan...
apa pon, i dapat attend my convo yesterday....yeay...nasib my daughter discharge awal, kalau x, mmg x pegi la convo...hehehe..