Pages

Saturday, December 24, 2011

RESEPI UNTUK BABY UMUR 6 BULAN


Agak lama tak update blog ni. Sebab tak de apa nak share. Tapi rasa nya boleh kot nak share koleksi resepi yang telah dikumpul untuk baby Zara, my luv princess. Untuk entry kali ni, just nak share resepi untuk baby umur 6 bulan. Kita start feed or introduce first solid kat baby umur 6 bulan kan. Masa umur ni pon ada cara dan teknik. Tapi baby Zara lom start makan lagi, coz baru 5 bulan… next month baru bagi die makan. skrg ni masih fully breast feed....

Nak kenalkan solid food ni, mula2 sekali Gunakan teknik 3-4 days rules. Mean kita kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy. Kalau baby kita allergy atau alah kepada makanan, dari sini kita boleh tahu. So, ni petua org tua2 nak intro solid kat baby. Selamat mencuba!!!


Hari 1-3        : Air kanji nasi. Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum,  bagi dalam 4-5 sudu jer. Perut baby x besar pon.
Hari 4-7        : Bubur nasi 
Hari 8-11       : Bubur nasi + kentang
Hari 12- 15    : Bubur nasi + carrot
Hari 16-19     : Bubur nasi + bayam
Hari 20- 23    : Bubur nasi + bilis
Hari 24-27     : Bubur nasi + kentang + carrot
Hari 28-31     : Bubur nasi + kentang + carrot + bilis

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis. Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.

Boleh la kalau nak cuba petua ni. Entry lain kali, ada resepi lain pulak...
ddddddaaaaaaaaaaaaaaa................



adiecomey

Tuesday, September 27, 2011

pneumonia

hhmmm...27 September 2011..
baru hari ni ada kesempatan tuk menulis..pneumonia. my daugther kene attack last week. admit kat wad peadiatric selama 6 hari 5 malam. puas berkampung kat hospital. pity my daugther. apa sebenarnya pneumonia nih? pernah dengar tak Pneumonia??tak pernah??sama la dengan radang paru-paru..so harap dengan pembacaan ini korang akan faham serba sedikit pasal penyakit ni.. ilmu yang baik tu kan bagus kalau dikongsi bersama..
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak didalam dada dan terdiri dari saluran pernafasan dan pundi-pundi udara.Jangkitan kuman di paru-paru boleh mengakibatkan saluran pernafasan [Bronkitis] dan pundi-pundi udara [Pneumonia]. Secara amnya,jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang tua.. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga di sebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan dibahagian atas [ Batuk  dan Selesema ] yang merebak kebahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala..Bergantung kepada sebab,umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami Demam, Sakit Dada, tiada selera makan,tidak mahu makan, Batuk dengan atau tanpa darah, Rasa tidak sihat, sering merengek, Muntah atau cirit-birit dan Pernafasan laju atau susah bernafas.  
Adakah penyakit ini serius?? Pneumonia ni boleh jadi kes sangat serius dalam sekelip mata terutamanya pada kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air [Dehidrasi] atau kekurangan oksigen. Kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke Hospitital..Pernafasan laju, bibir menjadi biru, Sukar untuk bernafas, Batuk berdarah dan Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
so, kalau ada tanda-tanda ni...cepat2 la dapat kan rawatan...
apa pon, i dapat attend my convo yesterday....yeay...nasib my daughter discharge awal, kalau x, mmg x pegi la convo...hehehe..

 

Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman

27 july 2011.

6am.
Ari ni bangun pagi, sebab ada appointment check up pregnancy. 39 week ++. Masa mandi, ada bleeding. Tapi tak banyak. So, x de la risau sangat. Tapi contraction rasa lain macam je ari ni. Bagitau hubby, tapi suruh jugak dia pegi kerja. Kalau anything happen, call dia terus.

8am.
Jumpa doctor macam biasa. Balik dari clinic, rasa contraction makin kerap & makin sakit. Risau jugak, tapi mesti lambat lagi nak bersalin. Memang tak senang duduk hari tu.

12pm.
Rasa tak senang hati, so call hubby soh dia balik. Kejap je dah sampai rumah. Tak la sakit sangat perut ni. Hehehe, bukan niat nak kacau hubby kerja, tapi risau, kalau tiba-tiba sakit kuat. (sayang jugak hubby aku kat aku….well, I luv u too Md. Zaki Ismail). Alang2 hubby dah ada kat rumah, jom pegi UKM hantar correction thesis.

8pm.
Rasa-rasa dah sampai masa. Memang rasa sakit. so, pegi la hospital Kajang wad bersalin. Kene Screen, tapi jalan keluar baru 2cm. MasyaAllah… punya lah sakit, baru 2cm? lambat lagi la ni. Doctor suruh balik dulu. Better tunggu kat rumah dari dok kat wad.

11pm.
Waaaaa….. contraction makin sakit. 5minute sekali. Hanya Allah je yang tahu macam mana sakitnya. Sabar je la. Memang dah tak tahan sangat dah ni. Harap-harap bila pergi hospital nanti, terus masuk labour room. Tak payah menahan sakit lama-lama.

28 july 2011.

12.30am
Kejut hubby suruh hantar hospital sekali lagi. Kejut mak bagitau nak pergi hospital. Mintak ampun siap-siap. Bangun je berdiri, tiba-tiba terasa air ketuban pecah..meleleh kat celah peha. Lepas je air ketuban pecah, apa lagi, makin sakit contraction…terus hubby hantar aku ke hospital.

Sampai hospital, kene screening lagi sekali. OMG, masih 2cm. lama lagi la nak deliver ni. So kena masuk wad dulu.

3.30am.
3minute sekali contraction. Sakit nya. Tak kan la dah nak kuar ni? Baru je 2cm pkul 1am tadi. Mesti besok baru kuar. Nak panggil nurse, nanti kata aku mengada-ngada. Tak tahan sakit. Better tahan sorang-sorang. Lamanya nak tunggu pagi. Sakit dah tak tahan sangat dah ni.

3.55am
Memang dah tak tahan sangat. “nurse…..nurse….saya dah nak bersalin…” menjerit panggil nurse. Dah la jauh dari kaunter. Dengar ke tak dengar dieorang ni. Ntah-ntah, tengah tidur kot. “nurse……” lagi sekali aku menjerit. Ibu-ibu mengandung kat katil sebelah semua bangun. “tunggu sekejap je, saya panggilkan nurse.”
Nurse jenguk sekejap, lepas tu dia pergi balik. Nak ambil wheel chair kot. Dalam hati, dah tak sempat nak pergi labour room.

3.59am
"Tolong nurse, baby saya dah nak keluar ni.... Tolong....." ya Allah, kenapa lah lambat sangat nurse-nurse ni buat kerja. Ingat aku main-main ke..

4.00am
"Toloooonnnggggg, kepala anak saya dah keluaaaarrrrrr.... ttoollooonggggg...."
" Tolooonngggg, anak saya dah keluaaaaarrrr.....ttooolooongggggg...tolooonnggg..."
kenapa lah semua tengok je? tapi dieorang semua kan hanya lah ibu-ibu mengandung yang hanya menuggu masa untuk bersalin. Mana la reti apa-apa. Hati ibu mana lah tak risau, kalau tak dengar apa-apa bila baby dah keluar. Nangis tidak, bergerak pun tidak. "Tolooongg" aku terus menjerit minta tolong. Lambat betul nurse datang. Tapi, Alhamdulillah, nurse tahu buat kerja!!! sekejap lepas nurse datang, dengar suara baby nangis. Lega..!! bila ingat balik, aku bersalin kali ni tak ada orang sambut baby aku...bersalin sorang-sorang atas katil dalam wad bersalin, bukan kat labour room.


Enhanced by Zemanta

Friday, July 15, 2011

Penantian...penuh debaran

salam ...
lama x update..
busy dgn 2 hero kat umah...skrg tambah sorang lagi Hero besar....lagi la busy... lagipon x tau nk cite apa...

skrg tengah tunggu hari..nak bersalin. berdebar-debar la plak. rasa takut pon ada..walaupun yang ni yang ke-3..rasa x sabar pon ada..sbb excited nk dpr baby gal...my kids pon excited nk dapat adik baru...siap cium2 tummy...hahaha...so funny..
hopefully semua ok...
kata org bersalin ni ada macam dugaan...macam aku sendiri dh ada 2 pengalaman...dua-dua lain..
yang ke-3 ni plak, ntah mcm mana la.....
bersalin kali ni, hubby ada skali. tp die dh x nk masuk dalam labour room..cukup la skali masa yg sulung..ngeri..hahahaha...bagus sebenarnya untuk para suami, masuk tgk sendiri mcm mana wife melahirkan..seksa ke tak proses tu...so, baru la dapat menghargai wife..
 week 37++, berat sungguh badan ni...makin padat tummy ni..every single fatal movement terasa sgt...nasib kaki x bengkak mcam anak gajah..hahahaha..not like my 1st pregnancy....body macam balloon.....
skrg, mild contraction semakin kerap..takut x sempat je nk hantar hard cover thesis kat faculty..

lepas bersalin & habis pantang..kene carik keje plak..part yg bosan...apply , interview....bosan2x...sape2 ada keje kosong, bgtaula ye...

okie dokie.....

Friday, June 10, 2011

Bagus x?

Learn English With Noddy....

bagus x program ni?
last week pegi pest buku kat the mines
nmpak program learn english with noddy special 4 the kids
so we decide to buy this program 4 our kids
hopefully berkesan kat 2 hero ni
sementara aku still dok umah
lom start keje ni..boleh jugak perhatikan dieorg
program nmpk mcm bagus...x yah nk tgk2 sgt
pasang CD biarkan dieorg tgk sndiri
siap ada translator dlm malay
hhmmm
sume ada 20 CD...setiap satu CD kene pasang dlm 2 minggu
then tgk perkembangan apa yg dieorg dpt absorb
ni asik2 tgk upin ipin je....
x berkembang otak anak aku...
hahahhaha....
x pe..nnt lepas try program akan aku update apa result die
ok la ye....daaaa
Enhanced by Zemanta

Monday, June 6, 2011

viva....

salam...
lama x update blog ni. kemalasan yang teramat sgt.
presentation viva x lama lagi ..pas tu abis master...
yahooo, tunggu convo plak hihihi
tapi nk mengabiskan viva nih, terasa berdebar..
dh la kene present ngan perut besar...hahahaha
macam x ready je nk present
sape examiner pon aku x tau..

pas tu relax la skit...nk cari keje compom org x nk amik.boyot2 mcm nih

skrg ni, terasa rindu la plak ngan kuliah..
kawan2 kelas
test, exam..hahahaha
dgn life yg busy, 24 jam mcm x cukup

but now, aku ada life aku sndiri
anak2, husband....baby gal yg akan kuar nih
x sabar nk tgk baby "zara" ( lom rasmi lagi nama tu)

tapi apa pon..abiskan present dulu
baru leh enjoy...!!!
yay

Thursday, April 21, 2011

Baby Boy or GirL?

Baby Boy or GirL?
hhmmm ...baby apa aku tgh bawa ni ekk?
Mmg teringin sangat nk baby girl
Sbb dh ada dua hero

mmg dh pernah scan, tp skali tu, doktor x nk bgtau baby apa

frust sangat

2nd time pegi scan, x nampak pulak..!!!

kaki baby rapat sangat

tp, mengandung kali ni, aku suke sangat makan honeydew..

yum yum...sedap sangat..

tapi bagi la buah apa pun, sume aku suke, asalkan manis..

orang kata boleh agak kalau tengok bentuk perut

tapi, x tau la, sama je aku rasa

dari segi perwatakan, pon aku rasa sama jugak

entah la...


nak pegi scan lagi, tapi hubby kata x payah scan
biar suprise...
hhmm, nk tau jugak
tengok la dalam seminggu dua ni, akan aku pegi scan jugak

21april 2011..
smalam pegi KPJ kajang, sbb x puas ati..nk tau jugak baby apa yg aku bawa ni..jumpa dgn Dr. Lee.
wwwaaahh...sungguh teruja bila doktor ckp baby girl..
happy sgt.!!
tp untuk kepastian, aku tanya lagi ngan doktor tu, are u sure doctor?
100% saya confident baby girl.
huhuhuhu
tp mmg clear sgt..girl..
senyum lebar la aku..
tp..terkejut beruk la kejap masa payment
kah kah kah..padan muka aku...semata-mata scan je
tapi x pe..janji puas ati.

hubby lom tau lagi
nnt la besok lusa baru bgtau
daaaaaa


Monday, March 21, 2011

pening...pening..pening...

hai...
pening bangat sejak dua menjak nih..
bukan sbb my pregnancy....
tp
sume gara2 thesis...

rupanya nk menulis lagi pening daripada dok kat lab buat lab work...
knp la dulu sy amik yang berkaitan dgn labotorary?
 hehehehe...
tambah pulak dgn my kids kat umah ni..
hura hara..
baru 2 org....in few mnths,
tmbh sorang lg..
harap2 baby girl...
nk scan, tp....nnt kecewa plak..
biar la suprise....x kisah la...
asal sihat, cukup sifat..
thesis..thesis..thesis....
cepat la abis sume2 nye....
dgn viva2 skali....
lepas ni....klu nk sambung PHD.kene pikir 100x..
hahahaha..

Wednesday, February 23, 2011

Back To Business

hhmm...back to business...
idup kene diteruskan...
arwah Pa dah 2 bulan x de...
tp mak still lom ok.
nak x nak idup kene diteruskan macam biasa

hhmmmmm
dalam few month lagi, dapat la master degree...
wass..x sangka
so skrg kene work hard in writting.....
due date nk anta disertation makin dekat...mmg dh dekat sgt pon..hahaha
"..padan muka aku..."
tu la, dh lama x nk tulis awal2..
so, this week start ke UKM...
selama 3 bulan dok umah, x jadi apa
ngan hero 2org..
pluss papa dieorg yg dh balik for gud

tp baru start ke ukm dh kene saman...benci!!
ari ni tayar kete kene clamp..
adussss....nasib x kene bayar byk...
dah la ujung bulan nih

td jumpa my supervisor setelah sekian lama x jumpa
hahahaha..
nasib result sume dh ada..
yg best nya, prof kata nk bayar kan sume2 bayaran lab tuh
huhuhuhu
syiok nih
tp x bayar pun x pe...half pun ok

ok lah...ni saje tuk ari ni...
but, pesanan tuk kawan2...siap kan thesis korang cepat2...
to madora, congrats sbb dapt masuk polis...


Monday, February 7, 2011

new year

no new entry for january 2011....
x de cerita nk share......ini yg pertama untuk 2011
semakin pening dgn projek thesis...yg mcm x bergerak..
x sampai sebulan lagi due...kene anta...addooiiii....

hhmm....
skrg ni hubby dh balik msia..balik terus!!
keje kat sini...yahhoooo
lagi la bertambah malas nk buat keje...
mcm ne ni????
nasib baby dlm perut ni dh masuk 2nd trimester
kurang skit pening, loya2...
kalu x...lagi la x boleh bangun

dh kene dok kat ukm balik ni..
sample n kene analisis..hohohoho
padan muka aku..!!
mana nk writing lg...
sempat ke nak siap ni...
tapi rasa2...sume pun macam aku gak...byk x siap lg
hehehehe..
x pe..buat slow...mana yg mampu..